Pages

17 June 2014

Track Portfolio Part 2


ROI Keseluruhan portfolio saham
 
 
 
7 Disember 2013
 
Ini adalah prestasi saham saya secara keseluruhan bermula dari awal tahun hingga November. Sebelum ini saya ada update ROI per kaunter. Dari keempat2 kaunter tersebut inilah rumusan secara keseluruhan:

1. Prestasi yang membanggakan walaupun bermula dengan kerugian (-3.33% pd bulan Januari), kemudian sedikit demi sedikit meningkat, dan melepasi garisan sifar pada bulan kelima. Selepas itu tanpa menoleh ke belakang lagi terus mencanak naik, dan pada bulan November merupakan ROI terbaik dengan 26.51%. Kita tunggu bulan Disember nanti macamana return nanti.

2. Dalam nilai RM pula pada bulan November unrealised keuntungan kasar adalah sebanyak RM13.7K. Unrealised kerana profit on paper, atas kertas, apabila saya menjual pegangan kaunter ini barulah keuntungan menjadi nyata.

3. Pada masa yang sama, saya mendapat keuntungan nyata menerusi dividen yang diterima berjumlah RM890 sehingga Disember 2013. Aikk.. camno boleh tahu bulan Disember pula? Pelik nehh.. tak pelik sebenarnya, saya akan terangkan tentang dividen dalam entri yang lain. Tu pun jika berkesempatan. Jika anda nak tahu cepat, sila komen "nak info dividen", maybe saya akan lebih bersemangat nak tulis nanti hihi

Moral of the story: Sebenarnya melabur saham ni MUDAH, dengan syarat ada ILMU. Walaupun pelaburan saham merupakan high risk = high return = high loss, dengan ilmu anda boleh meminimakan kerugian malahan meningkatkan keuntungan berlipat ganda!

Inilah yang team saya Invader Legacy buat, bukan setakat memperkenalkan pelaburan saham kepada orang ramai, malahan kami tahu kepentingan berkongsi pengalaman dan ilmu. Itulah sebabnya kami telah berjaya dengan memperkenalkan kelas/seminar asas untuk client kami, dengan harga kompetitif dan senantiasa mendapat sambutan ramai:
1. Seminar Fenomena Kenali Saham (aka FKS) - bertujuan membuka minda anda tentang pelaburan saham.
2. Kelas Asas Analisa Teknikal Saham - pakar TA kami share ilmu mereka pada anda, plus sokongan berterusan pada yang hadir menerusi group fb/wassap. Anda akan mengetahui timing entry yang betul untuk membeli dan membuat keuntungan. Jika kerugian, ya mana ada pelaburan yang tidak rugi, tapi sekurang2nya kerugian anda diminimakan.
3. Kelas Asas Analisa Fundamental Saham - dalam perancangan atas permintaan ramai client kami. tunggu ya

Jadi apa lagi yang anda tunggu ? Mari join kami dan sama-sama kita membuat keuntungan dalam pelaburan saham. Jom!!! PM/Wassap 019 355 6552 untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment