Pages

30 January 2014

Sudah 6 Bulan Berlalu, Apa Yang Terjadi Dengan Portfolio Saya ?



Tanggal 3 Ogos 2013

Sudah 6 bulan berlalu, adakah objektif saya untuk double up modal yang digunakan dalam masa setahun akan tercapai? Masih berbaki 6 bulan lagi. Apapun kita tengok pencapaian portfolio saham saya setakat 6 bulan ini.

Jika kita lihat photo ini, ianya menunjukkan return di atas kertas (unrealized capital gain/loss) dan akan menjadi kenyataan (realized capital gain/loss) bila pegangan kaunter saham ini dijual.

1. Secara keseluruhan, pada bulan Jun keuntungan saya cuma 1.9% dan meningkat dengan pantas pada bulan Julai kepada 14.3%. Bermakna secara purata kenaikan (capital appreciation) 2.38% setiap bulan.

2. Jika dibandingkan dengan keuntungan setahun instrument pelaburan lain:
a. Fixed deposit - 3.0-3.5% (0.29% per month)
b. Unit Trust (ie: MyDividend) - 17.95% (1.50% per month)
c. ASB - 8% (0.67% per month)
Secara general, pelaburan saham saya mengatasi ketiga-tiga pelaburan di atas iaitu 2.38% per month.

3. Ini belum masuk passive income dari dividen yang diperolehi. Setakat 6 bulan ini saya telah menerima 1 dividen sebanyak 1sen sesaham bagi kaunter Saham D. Lagi lama saya pegang, maka makin banyak dividen yang saya akan dapat nanti

4. Yang lebih menarik sebenarnya pembelian saham-saham ini tidak sama tempoh masanya. Ada yang dibeli pada bulan Januari, ada bulan Febuari dan bulan Mei. Jom saya senaraikan yang untung sahaja di bawah ni:
a. Saham A - beli 30 Mei, tempoh 2 bulan. Jadi return sebenar per month adalah 13.95%. (Perrghh terbaikk tu)
b. Saham D - beli pada 25 Januari. Return sebenar per month adalah 6.63% (Okey tu, sbb ni pembelian pertama).

5. Bagi kaunter yang saya sedang paper loss ni, adakah saya risau ? Tak kerana:
a. saya dapat belajar dari kesilapan membeli kaunter ini. Ini yang paling MAHAL. Pengalaman ini akan membuat saya lebih berhati-hati di masa hadapan. Kalau sempat nanti saya buat entry lain sebab-sebab kesilapan saya, jadi anda dapat belajar sama dan tidak ulangi kesilapan ini
b. Kehidupan harian saya tidak terjejas kerana saya menggunakan dana persaraan saya. Memang tak boleh touch pun duit ni hingga pencen nanti
c. Apa yang turun akan naik..tunggu saja. Menggunakan dana persaraan, holding power saya sehingga saya berumur 55 tahun tu. Kalau taknak tunggu lama-lama, pilihan lain yang ada, saya letgo (sell) bila dah breakeven dan gunakan capital yang dapat beli kaunter saham yang bermutu seperti Saham A & D.

Not bad performance untuk newbie macam saya ni. Alhamdullilah, my target untuk jadikan dana persaraaan saya sebagai training ground tercapai. Now saya boleh gunakan cash pula untuk melabur saham

p/s: Pada anda yang berminat nak belajar saham dan bagaimana nak gunakan dana persaraan melabur di Bursa, saya mempelawa anda semua untuk join wassap group saya. Saya akan buat post announcement kelas/seminar saham di dalam group ini. PM/Wassap 019-3556552

No comments:

Post a Comment