Pages

07 January 2014

Kos Yang Terlibat Bila Jual/Beli Saham





Bila terlibat dengan urusniaga saham ini, anda kena ambil tahu tentang beberapa fee yang terlibat. Ini penting supaya anda tidak mengalami kekurangan dana semasa membuat urusniaga jual dan beli. Fee ini dikenakan pada setiap urusniaga beli dan juga urusniaga jual, juga dikenali dengan kontrak.

Berikut adalah fee yang dikenakan oleh sykt broker:
1. Brokerage fee - Fee ini mungkin berbeza dari satu sykt broker dengan yang lain. Dalam gambar ini, brokerage feenya ialah 0.42% bagi nilai kontrak.
2. Clearing fee - yang ini standard pada semua sykt broker iaitu 0.03% per kontrak.
3. Stamp duty - ini pun standard iaitu RM1 dikenakan bagi setiap RM1K nilai kontrak.

Jadi cara pengiraan untuk kontrak urusniaga beli ini spt berikut:
1. Brokerage fee = RM15.75 (RM3,750 x 0.42%)
2. Clearance fee = RM1.13 (RM3,750 x 0.03%)
3. Stamp duty = RM4.00 (Bundarkan kepada ribu terhampir, 3,750 ribu terhampir = 4,000, dibahagi dengan 1 ribu)

Jadi akaun trading anda perlu ada dana sebanyak RM3,750 + RM20.88 = RM3,770.88. Duit ini akan ditolak pada T+3 (trading day tambah 3 hari berkerja, dlm kes ni urusniaga pembelian dibuat pada 25hb Jan, dan duit akan ditolak pada 31hb Jan)

Begitu juga, bila anda menjual saham ini, ketiga-tiga fee di atas akan ditolak dari keuntungan/kerugian penjualan anda.

Untuk pengetahuan anda, Remisier mendapat komisyen dari brokerage fee setiap urusniaga. Alangkah bagusnya jika anda juga diberikan komisyen setiap kali membuat urusniaga. Boleh ke ?

Nak tahu ? Boleh pm/wassap me: H/P 019 355 6552

No comments:

Post a Comment