Pages

04 January 2014

Macamana Nak Buat Keuntungan di Pasaran Saham



Tanggal 24 Januari 2013

Sempena Maulid Nabi, jom kita tengok bagaimana nak membuat untung dengan saham ini. Itu sebab saya kata ILMU sangat penting sebelum kita terjun dalam sesuatu pelaburan.

1. Jika anda ingin mendapatkan keuntungan cepat, buat untung dalam jam atau harian, anda perlukan ilmu analisa teknikal (TA - Technical Analysis). Ianya banyak bermain dengan graf, perlukan konsentrasi sepenuh masa dan berisiko tinggi sebab anda boleh untung sekelip mata juga anda boleh rugi sekelip mata. Sesuai ngan orang yang xde keje.. so fulltime boleh monitor chart. Di sini anda dipanggil "trader"

2. Cara kedua agak perlahan sebab anda melihat kaunter saham, keteguhan company, pencapaian sykt. Anda dipanggil "investor" sebab anda yakin dengan model bisnes dan keuntungan yang akan sykt tersebut perolehi. Di sini anda menggunalan ilmu analisa fundamental (FA - Fundamental Analysis). Analisa tersebut akan menggunakan data-data dalam jangka masa yg panjang dari 5 - 10 tahun. Jadi anda tidak perlu monitor pergerakan saham 24 jam. Lebih santai dan rileks.

3. Cara ketiga adalah gabungan no 1 dan 2, yang mana baseline pengiraan anda adalah FA, tetapi mengunakan sedikit TA untuk mengetahui timing untuk entry membeli atau menjual. Jadi anda santai dan rileks, tetapi bila indikator dah kena, anda akan fokus dalam masa tersebut. Cara ini dapat mengoptimizekan keuntungan anda

Boleh lihat gambar dan cuba anda teka mana yang menggunakan FA, TA atau gabungan kedua-duanya ?

Pada yang ingin diversify Dana Persaraan ACC1 dengan cara beli secara terus saham-saham BSKL (cth: DIGI, AXIATA, TM, PCHEM, SKPETRO) boleh pm/sms me: H/P 019 355 6552

No comments:

Post a Comment