Segala ragam karenah pelaburan baru yang saya ceburi tahun 2013 ini, iaitu pelaburan saham di Bursa Malaysia. Semoga menjadi panduan pada semua yang mahu berjinak-jinak dalam pelaburan saham. Disclaimer: TAYOR - trade at your own risk
10 June 2014
Track Portfolio Anda
28 November 2013
Sebagai pelabur saham, adalah bagus jika kita dapat track prestasi portfolio kita. Saya bermula pada awal Januari tahun ni dan setakat ini hanya mempunyai 4 kaunter dalam pegangan.
Dari chart ini dengan mudah saya dapat lihat kenaikan positif (ROI = Capital Appreciation) bagi Saham A dan Saham D. Saham B pula baru-baru ni melepasi garisan positif. Saham C masih di paras negatif. Gambar loceng pula adalah dividen yang diperolehi.
Part of portfolio management adalah untuk memantau dan based on review date, anda sebagai pelabur boleh set utk review on monthy, quarterly, half yearly or yearly basis, kemudian kita boleh bertindak dengan melihat semula keadaan sektor kaunter, kedudukan fundamental syarikat dsbnya.
Tindakan saya:
1. Saham B saya dah jual kesemuanya pada 22 Nov apabila ianya melepasi peringkat positif. Ingat rule 1 "Never lose money".
2. Saham C juga saya akan follow same strategy spt Saham B. Sekarang wait and see game.
3. Saham A dan D saya akan hold. Ada sifu saham cakap "invest in trend. selagi uptrend hold".
Dulu saya ada mention yang saya akan beritahu anda semua kenapa Saham B & C ini kerugian kan. Masih ingat ? Ni dia jawapannya:
Sebab UTAMA kesilapan saya membeli saham B dan C ini ialah "DENGAR CAKAP ORANG" dan tidak membuat ANALISA sendiri terlebih dahulu. Perlu diingat permulaan 6 bulan pertama adalah tempoh saya belajar melabur dalam saham ini. Saya memang menjangkakan saya akan buat kesilapan. Tapi yang PALING PENTING ialah apa yang kita dapat belajar dari kesilapan tersebut. Dan seterusnya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Ada yang bertanya, kenapa pegang 4 kaunter sahaja? dan kenapa stop membeli di bulan Jun ?
Untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia saham ini, dan anda ingin jadi pelabur (bukannya trader ya), maka kuantiti kaunter tidak sepenting KUALITI kaunter tersebut. Kuantiti yang kecil juga memudahkan proses pembelajaran dan pemantau.
Sebenarnya melabur saham ni MUDAH sebenarnya, dengan syarat anda ada ILMU.
Happy investing!
Labels:
Portfolio
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment