Pages

30 January 2014

Sudah 6 Bulan Berlalu, Apa Yang Terjadi Dengan Portfolio Saya ?



Tanggal 3 Ogos 2013

Sudah 6 bulan berlalu, adakah objektif saya untuk double up modal yang digunakan dalam masa setahun akan tercapai? Masih berbaki 6 bulan lagi. Apapun kita tengok pencapaian portfolio saham saya setakat 6 bulan ini.

Jika kita lihat photo ini, ianya menunjukkan return di atas kertas (unrealized capital gain/loss) dan akan menjadi kenyataan (realized capital gain/loss) bila pegangan kaunter saham ini dijual.

1. Secara keseluruhan, pada bulan Jun keuntungan saya cuma 1.9% dan meningkat dengan pantas pada bulan Julai kepada 14.3%. Bermakna secara purata kenaikan (capital appreciation) 2.38% setiap bulan.

2. Jika dibandingkan dengan keuntungan setahun instrument pelaburan lain:
a. Fixed deposit - 3.0-3.5% (0.29% per month)
b. Unit Trust (ie: MyDividend) - 17.95% (1.50% per month)
c. ASB - 8% (0.67% per month)
Secara general, pelaburan saham saya mengatasi ketiga-tiga pelaburan di atas iaitu 2.38% per month.

3. Ini belum masuk passive income dari dividen yang diperolehi. Setakat 6 bulan ini saya telah menerima 1 dividen sebanyak 1sen sesaham bagi kaunter Saham D. Lagi lama saya pegang, maka makin banyak dividen yang saya akan dapat nanti

4. Yang lebih menarik sebenarnya pembelian saham-saham ini tidak sama tempoh masanya. Ada yang dibeli pada bulan Januari, ada bulan Febuari dan bulan Mei. Jom saya senaraikan yang untung sahaja di bawah ni:
a. Saham A - beli 30 Mei, tempoh 2 bulan. Jadi return sebenar per month adalah 13.95%. (Perrghh terbaikk tu)
b. Saham D - beli pada 25 Januari. Return sebenar per month adalah 6.63% (Okey tu, sbb ni pembelian pertama).

5. Bagi kaunter yang saya sedang paper loss ni, adakah saya risau ? Tak kerana:
a. saya dapat belajar dari kesilapan membeli kaunter ini. Ini yang paling MAHAL. Pengalaman ini akan membuat saya lebih berhati-hati di masa hadapan. Kalau sempat nanti saya buat entry lain sebab-sebab kesilapan saya, jadi anda dapat belajar sama dan tidak ulangi kesilapan ini
b. Kehidupan harian saya tidak terjejas kerana saya menggunakan dana persaraan saya. Memang tak boleh touch pun duit ni hingga pencen nanti
c. Apa yang turun akan naik..tunggu saja. Menggunakan dana persaraan, holding power saya sehingga saya berumur 55 tahun tu. Kalau taknak tunggu lama-lama, pilihan lain yang ada, saya letgo (sell) bila dah breakeven dan gunakan capital yang dapat beli kaunter saham yang bermutu seperti Saham A & D.

Not bad performance untuk newbie macam saya ni. Alhamdullilah, my target untuk jadikan dana persaraaan saya sebagai training ground tercapai. Now saya boleh gunakan cash pula untuk melabur saham

p/s: Pada anda yang berminat nak belajar saham dan bagaimana nak gunakan dana persaraan melabur di Bursa, saya mempelawa anda semua untuk join wassap group saya. Saya akan buat post announcement kelas/seminar saham di dalam group ini. PM/Wassap 019-3556552

29 January 2014

Seminar Fenomena Kenali Saham (FKS)


Tanggal 25 Julai 2013

Pada kawan-kawan saya di seluruh pelusuk tanahair, Seminar Fenomena Kenali Saham (FKS) akan sampai di kawasan anda tidak lama lagi.





Antara lokasi yang akan kami bertandang adalah:
1. Kuala Lumpur
2. Putrajaya
3. Kuantan
4. Kerteh
5. Kuala Terengganu
6. Kota Bharu
7. Sg Petani
8. Ipoh
9. Melaka
10. Johor Bahru

Cepat hubungi/Wasap 019-3556552 - AbdKarim untuk reserve seat anda. Tempat terhad!

** Dijemput hadir boleh bawa suami/isteri/kawan & saudara mara untuk sama2 mendengar sesi sharing ini

23 January 2014

Unit Trust Juga Dapat Untung ?



Boleh tahan juga Investment-Link Takaful ni.. average 13% per annum.. kalau 3-years cumulative dah hampir 40%. Kalah ASB/TH/EPF dan seangkatannya. Ni kira stok geli-geli jer sebab keutamaan ambil takaful adalah Perlindungan (Protection).

Berapa anda punya Takaful performance ? Tak pernah ambil tahu.. apakata anda cuba try check

Nota kaki: apsal saya upload ni.. mestilah ada sebab, ye tak. Senang nanti saya nak buat perbanding antara prestasi UT vs Saham.

22 January 2014

Ni Dia Trader Style !

Tanggal 23 Mei 2013

Sebelum ni saya ada bercerita tentang macamana anda membuat untung secara medium dan long term di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=556775777677874&set=a.518140708208048.114126.100000363690849&type=3&theater

Chart ini pula menunjukkan bagaimana keuntungan dapat dijana menerusi short term strategy ataupun dikenali dengan kontra. Kontra bermaksud transaksi beli dan jual dilakukan di dalam tempoh T+3 (4 hari).

Alhamdulillah, percubaan pertama main kontra ni memberi pulangan untung kasar sebanyak RM500 atau 6.9% dalam masa 4 hari. ASB pun kalah kalau macam ni. ASB hanya bagi keuntungan secara purata bagi 8% dalam masa 1 TAHUN. Main kontra bagi 6.9% dalam masa 4 HARI. Beza banyak tu!

Mari saya cerita apa yang berlaku:
1. Kaunter ini diBELI pada T=16 Mei pada harga RM0.72/unit sebanyak 10,000 unit
2. Kesemua uit diJUAL pada T-3=21 Mei pada harga RM0.77/unit
3. Keuntungan kasar = RM0.05 x 10,000 = RM500 atau dalam peratusan = 6.9%

Apa yang saya nampak untuk main kontra ini adalah:
1. Kena ada teknik/strategi utk entry BUY. Tengok entry saya pada anak panah HIJAU. Teknik ini menggunakan indikator-indikator analisa teknikal. Saya ada cerita pada post sebelum ni beza antara investor dan trader. Kontra adalah permainan trader
2. Sebelum entry lagi anda sudah set exit plan (maksudnya target nak jual). Macam kes di atas, exit plan saya ialah untung 5sen seunit. Tengok anak panah MERAH.
3. Disiplin! Anda kena dan mesti ikut exit plan yang anda telah buat. Ini sangat PENTING. Bila match sahaja exit plan anda terus jual. Jika anda lihat chart, sebenarnya saya masih boleh lagi buat keuntungan tambahan 3sen (Anak panah BIRU). Syukur rezeki saya pada 5sen, baki 3sen tuh rezeki orang lain

Pemain kontra yang baru nak berjinak2 selalunya pandai membuat entry BUY. Kesilapan utama yang selalu mereka buat adalah tiada exit plan dan tiada disiplin. Hasilnya mereka terbuai-buai dengan naik turun chart. Nah sekarang anda dah tahu kan.. misteri ramai orang kaya dengan bermain saham sudah terbongkar..

JOM Diversify Dana Persaraan ACC 1, dgn cara beli secara terus saham-saham BSKL (cth: DIGI, AXIATA, TM, PCHEM, SKPETRO) collect dividend jangka masa panjang & capital appreciation bagi memaksimakan WANG PERSARAAN anda bila mencapai umur 55tahun!!!!

Contact 019-3556552

20 January 2014

Berapa Banyak Untung Pelaburan Saham Ni ?



Tanggal 8 April 2013

Berapa keuntungan yang saya boleh buat dengan melabur dalam saham di BSKL? Itu persoalan yang sering ditanya pada saya.

Di sini saya berikan contoh bagi seorang investor. Ingat! ini bukan untuk trader. Apa beza investor vs trader di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=519762971379155&set=a.518140708208048.114126.100000363690849&type=3&theater

Berdasarkan contoh di atas, investor di atas membuat 4 kali pembelian dan penjualan kaunter Tenaga (ini contoh shj)
1. Beli Feb 09 RM4.90, Jual Dec 09 RM6.80. Dalam masa 11 bulan investor ini telah untung sebanyak RM1.90 (atau 38%)
2. Beli Apr 10 RM6.40, Jual Okt 10 RM7.00. Untung RM0.60 atau 9% dalam masa 6 bulan
3. Dalam masa 1 bulan untung 5% atau RM0.30
4. Dalam masa 14 bulan untung sebanyak 33% atau RM1.70

Lagi baik dari pulangan ASB dan unit trust kan ? Lagi penting pelaburan ini 100% anda yang kawal. Lagi mahir anda dalam pelaburan ini maka lagi tinggi pulangan yang anda akan buat

Untuk belajar teknik pelabur hensem aka investor saham ni boleh ke sini: www.rancangwang.com

Now everyone can buy share......... CASHLESS! Call me 019-3556552 (T&C applied)

17 January 2014

Sentimen PRU lagi



Tanggal 18 Mac 2013

Penutup jumaat lepas (15 Mac 2013), indeks komposit jatuh 13 mata. Sudah tiga kali kejatuhan sentiment PRU13/GE13. Selagi tiada pengumuman maka Parlimen terbubar secara automatik pada 28 April 2013. Perlu diingat ada 3 DUN negeri akan terbubar secara automatik sebelum parlimen iaitu Melaka, N9 dan Perak. Berapa lama mau tunggu daa..

Support terdekat untuk indeks ialah 1600. Terdapat 30 kaunter yang membentuk KLCI ini. Jadi kejatuhan ini merupakan gabungan naik dan turun 30 kaunter ini (dikenali blue chips). Antaranya Maybank, Axiata, Digi, Tenaga, TM dll.

Pada saya sentiment PRU ini merupakan PELUANG untuk mendapatkan saham kaunter indeks dengan harga menarik (diskaun) nanti. Apa yang anda perlu lakukan SEKARANG ialah SEDIAKAN fund/dana.

Macamana nak sediakan dana ni?

Jangan risau anda boleh dapatkan dana dari ACC1 wang persaraan anda. Hubungi saya dengan segera sebelum TERLAMBAT.. sebelum diumumkan tarikh pembubaran Parlimen.. Cepat2 hubungi saya ya

15 January 2014

Masyyuuk !!!




Sebelum ini saya ada bercerita tentang 5 sebab utama saya memilih instrument pelaburan ini. Sebab yang ke-5 adalah MASSYUKK.

Alhamdulillah, baru dua bulan saya bergiat, iaitu bulan Januari dan Februari, JUMLAH KOMISYEN yang saya perolehi adalah RM892.35.

Komisyen ini boleh dibahagikan kepada Active Income/Side Income di mana saya kena berkerja untuk pendapatan ini diperolehi. Keduanya Passive Income di mana saya tidak perlu bekerja untuk perolehi pendapatan ini.

Di dalam gambar ini saya telah mendapat kedua-dua jenis pendapatan iaitu Active/Side Income dan Passive Income. Ya, amount Passive income ini masih sedikit berbanding amount Active Income. Perlahan-lahan, in sha Allah satu hari nanti Passive income ini akan bertambah

Sebenarnya, jangan cakap kuat2.. syiihh.. instrument ini memberikan 5 cara passive income.. ini baru 2 jenis.. tunggu.. saya akan update di masa hadapan bila 3 lagi cara passive income ini saya perolehi.. Doakan saya yek! Amiin

Anda berminat ? Boleh contact saya 019 355 6552

10 January 2014

Syukur... Dividen 6.15%. Apa Tak Cukup ?




Syukur.. dapat dividen 6.15%.

Apa sikit ? Nak lebih lagi ?

JOM Diversify Dana Persaraan ACC 1, dgn cara beli secara terus saham-saham BSKL (cth: DIGI, AXIATA, TM, PCHEM, SKPETRO) collect dividend jangka masa panjang & capital appreciation bagi memaksimakan WANG PERSARAAN anda bila mencapai umur 55tahun!!!!

For more info please wassap me: H/P 019 355 6552

09 January 2014

Kenapa Saya Memilih Pelaburan Saham ?




Ramai yang bertanya saya kerana saya memilih platform ini untuk melabur saham. Di sini saya jelaskan beberapa kelebihan platform menggunakan ACC1 Dana Persaraan untuk membuat pelaburan saham di Bursa Malaysia.

1. Melabur Tanpa Keluar Modal
Jika di luar sana ada akronim PHTM, yang ini saya namakan Pelaburan Saham Tanpa Modal (PSTM), yang mana saya tidak perlu mengeluarkan duit poket saya untuk melabur. Apa yang saya perlukan hanya ACC1 Dana Persaraan. Modal untuk melabur datang dari sini. Dengan itu, kehidupan dan perbelanjaan harian saya tidak terjejas

2. Platform "Praktikal"
Saya sememangnya dari dulu berminat dengan saham ni. Jadi sebelum saya terjun dalam pelaburan saham, adalah lebih baik jika kita boleh buat latihan ala "praktikal" sebelum betul-betul menggunakan duit poket. Jadi saya menggunakan platform ini sebagai latihan, mempraktiskan segala ilmu teori yang saya pelajari tentang saham. Yang bestnya praktikal ini adalah "real life" praktikal, segala urusan jual beli saham adalah BETUL dan SECARA LANGSUNG!

3. Holding Power Tinggi
Tujuan kita berlatih adalah untuk menyediakan tahap ketahanan mental dan fizikal kita supaya lebih cekap dan effektif. Tidak dinafikan semasa berlatih kita akan membuat kesilapan. Dalam pelaburan saham, kesilapan kecil boleh membawa padah. Kita mungkin akan mengalami kerugian yang mana mungkin terus mematikan semangat kita dalam pelaburan ini. Tapi, jika saya menggunakan platform ini, saya mempunyai holding power tinggi. Dengan gabungan no 1 dan no 2 di atas, jika kita tersilap dan mengalami kerugian, tapi disebabkan holding power saya tingga hingga saya pencen, maka kerugian jangka pendek ini berkemungkinan besar akan diatasi dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Setiap yang jatuh akan naik dan begitu sebaliknya. Jadi setakat rugi 2-3 sen tidak memberi kesan sangat sebab saya tahu di masa hadapan ianya akan naik semula. Lagipun bukannya saya menggunakan duit poket!

4. Mobility
Platform ini sangat mobile. Urusniaga jual beli saham boleh dilakukan menggunakan smartphone. Jadi tiada lagi kekangan masa dan tempat. Selagi ada 3G, saya tidak risau nak memantau atau berjual beli saham. Gambar ni di ambil dari smartphone saya.

5. MASSYUKK
Dan yang terakhir dan PALING BEST ialah - setiap kali saya membuat urusniaga jual dan beli saham, platform ini memberikan KOMISYEN!!! Saya diberikan 18% komisyen atas yuran brokerage. BESTKAN !!! Tu baru satu.. ada 5 lagi benefits.. Nak tahu kenalah pm saya.

Saya TIDAK PERLU keluar modal, DAPAT tempat praktikal dengan HOLDING POWER yang TINGGI, dengan MOBILITY untuk membuat urusniaga dan yang PALING BEST dapat KOMISYEN!!! Memang TERBAEEK platform ini 5-in-1

Hubungi saya 019 355 6552 jika anda mahukan benefit 5-in-1 ini!

07 January 2014

Kos Yang Terlibat Bila Jual/Beli Saham





Bila terlibat dengan urusniaga saham ini, anda kena ambil tahu tentang beberapa fee yang terlibat. Ini penting supaya anda tidak mengalami kekurangan dana semasa membuat urusniaga jual dan beli. Fee ini dikenakan pada setiap urusniaga beli dan juga urusniaga jual, juga dikenali dengan kontrak.

Berikut adalah fee yang dikenakan oleh sykt broker:
1. Brokerage fee - Fee ini mungkin berbeza dari satu sykt broker dengan yang lain. Dalam gambar ini, brokerage feenya ialah 0.42% bagi nilai kontrak.
2. Clearing fee - yang ini standard pada semua sykt broker iaitu 0.03% per kontrak.
3. Stamp duty - ini pun standard iaitu RM1 dikenakan bagi setiap RM1K nilai kontrak.

Jadi cara pengiraan untuk kontrak urusniaga beli ini spt berikut:
1. Brokerage fee = RM15.75 (RM3,750 x 0.42%)
2. Clearance fee = RM1.13 (RM3,750 x 0.03%)
3. Stamp duty = RM4.00 (Bundarkan kepada ribu terhampir, 3,750 ribu terhampir = 4,000, dibahagi dengan 1 ribu)

Jadi akaun trading anda perlu ada dana sebanyak RM3,750 + RM20.88 = RM3,770.88. Duit ini akan ditolak pada T+3 (trading day tambah 3 hari berkerja, dlm kes ni urusniaga pembelian dibuat pada 25hb Jan, dan duit akan ditolak pada 31hb Jan)

Begitu juga, bila anda menjual saham ini, ketiga-tiga fee di atas akan ditolak dari keuntungan/kerugian penjualan anda.

Untuk pengetahuan anda, Remisier mendapat komisyen dari brokerage fee setiap urusniaga. Alangkah bagusnya jika anda juga diberikan komisyen setiap kali membuat urusniaga. Boleh ke ?

Nak tahu ? Boleh pm/wassap me: H/P 019 355 6552

04 January 2014

Macamana Nak Buat Keuntungan di Pasaran Saham



Tanggal 24 Januari 2013

Sempena Maulid Nabi, jom kita tengok bagaimana nak membuat untung dengan saham ini. Itu sebab saya kata ILMU sangat penting sebelum kita terjun dalam sesuatu pelaburan.

1. Jika anda ingin mendapatkan keuntungan cepat, buat untung dalam jam atau harian, anda perlukan ilmu analisa teknikal (TA - Technical Analysis). Ianya banyak bermain dengan graf, perlukan konsentrasi sepenuh masa dan berisiko tinggi sebab anda boleh untung sekelip mata juga anda boleh rugi sekelip mata. Sesuai ngan orang yang xde keje.. so fulltime boleh monitor chart. Di sini anda dipanggil "trader"

2. Cara kedua agak perlahan sebab anda melihat kaunter saham, keteguhan company, pencapaian sykt. Anda dipanggil "investor" sebab anda yakin dengan model bisnes dan keuntungan yang akan sykt tersebut perolehi. Di sini anda menggunalan ilmu analisa fundamental (FA - Fundamental Analysis). Analisa tersebut akan menggunakan data-data dalam jangka masa yg panjang dari 5 - 10 tahun. Jadi anda tidak perlu monitor pergerakan saham 24 jam. Lebih santai dan rileks.

3. Cara ketiga adalah gabungan no 1 dan 2, yang mana baseline pengiraan anda adalah FA, tetapi mengunakan sedikit TA untuk mengetahui timing untuk entry membeli atau menjual. Jadi anda santai dan rileks, tetapi bila indikator dah kena, anda akan fokus dalam masa tersebut. Cara ini dapat mengoptimizekan keuntungan anda

Boleh lihat gambar dan cuba anda teka mana yang menggunakan FA, TA atau gabungan kedua-duanya ?

Pada yang ingin diversify Dana Persaraan ACC1 dengan cara beli secara terus saham-saham BSKL (cth: DIGI, AXIATA, TM, PCHEM, SKPETRO) boleh pm/sms me: H/P 019 355 6552

03 January 2014

PRU dan Bursa



Tanggal 22 Januari 2013

Baru semalam saya bercerita tentang PELUANG semasa hampir dengan PRU. Banyak pulak pertanyaan yang saya terima. Jika diikutkan sejarah, tidak semua PRU menyebabkan pasaran jatuh ada juga yang naik. Kredit kepada Ariffin Abd Latif untuk graf ini.

Berkaitan PRU ini adalah kata-kata sifu saham: "lihat kepada potensi perniagaan tanpa terpengaruh sgt pada pilihanraya kerana saham adalah perniagaan. kepada yang belum beli2, buat semakkan dan kajian untuk memBELI ketika harga sudah berada OVERSOLD nanti..inilah peluang keemasan, kerana perniagaan dan suasana pelaburan tahun ini dan mendatang dijangka amatlah baik."

Apapun, jika benar senario PELUANG terjadi, yang penting adakah anda bersedia ?

Jika anda tidak bersedia, maka terlepaslah PELUANG ini. Persediaan yang anda perlu ada adalah:
1. ILMU - anda perlu ada ilmu asas saham ini. Ianya anda boleh perolehi melalui seminar, kursus mahupun kenalan yang mahir tentang saham ini
2. Fund (Dana/Modal) - Perlu ada fund baru boleh membeli saham.
3. Platform online - Tempat di mana anda boleh melakukan urusniaga secara online. Anda boleh menggunakan remisier tapi caj brokeragenya lebih mahal dari urusniaga online.

Jadi bagaimana saya boleh menolong anda. No 1 saya pun sama seperti anda, masih dalam proses pembelajaran tentang selok-belok saham ini.

Tapi saya dapat memBANTU anda untuk no 2 & 3, iaitu menyediakan PLATFORM 'LATIHAN' untuk anda berlatih dan fund TANPA mengeluarkan duit poket anda.

Bagaimana ?

Jika anda ingin diversify Dana Persaraan ACC1 dengan cara beli secara terus saham-saham BSKL. Boleh pm/wassap saya: H/P 019 355 6552

02 January 2014

PRU - Peluang Atau ...



Tanggal 21 Januari 2013
 
Nampaknya semua terkejut! KLCI jatuh 40 mata hari ni. Baru keluar khabar angin tarikh PRU13, terus pelabur panik dah jatuh 2.4%. Jika diikutkan sejarah PRU lepas, selepas diumumkan sahaja pembubaran Parlimen Bursa jatuh 9%.

Prof. Dr. Hamka ada berkata," Peluang yang besar datang secara tiba-tiba, datangnya tak menentu masa. Kadangkala datangnya dalam kita kesempitan dan kesusahan. Maka nilailah peluang tersebut kerana peluang itu juga boleh berlalu secara tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang tersebut."

Jadi adakah kedatangan PRU kali ini satu PELUANG ?

Jika YA, adakah anda nak mensia-siakannya ?

01 January 2014

Di Sini Permulaannya...


Tanggal 20 Januari 2013, di sini ianya bermula. Dengan fund sebanyak ~RM30K. Berjayakah saya dengan target untuk doublekan fund ini dalam masa 1 tahun? Sama-sama kita tunggu dan lihat





 



Pada yang ingin diversify Dana Persaraan ACC1 dengan cara beli secara terus saham-saham BSKL (cth: DIGI, AXIATA, TM, PCHEM, SKPETRO) boleh sms me: H/P 019 355 6552